BERA. 24 Julai 2019 – Muip Cawangan Bera telah mengadakan program jejak asnaf siri yang pertama bagi tahun 2019. Program ini adalah bertujuan untuk menjejaki asnaf fakir dan miskin yang sakit terlantar dan juga yang tidak mampu untuk bekerja. Turut serta dalam menjayakan program ini Pengerusi MPKK Kg. Jelam En Khairil Isham bin Burhanuddin dan juga Amil Kg. Jelam Ust Mohd Shahidan bin Salehudin. Dalam program tersebut terdapat kira-kira 12 buah rumah asnaf telah pun dikenalpasti untuk tindakan pihak muip cawangan bera selanjutnya. Barangan berbentuk beras, minyak masak, meggi, gula, tepung gandum, bihun, susu pekat dan lain-lain telahpun di sumbangkan kepada asnaf tersebut.