Takrif
Ialah orang yang baru memeluk Islam yang diharapkan dengan pemberian agihan ini boleh menguatkan imannya dan/atau pemimpin bukan Islam yang berpengaruh yang berjinak-jinak dengan Islam.
Kriteria
Iaitu perkara 1 dan mana-mana perkara berikut :
- Bermastautin di Negeri Pahang.
- Disahkan memeluk Islam dan didaftarkan pengIslamannya oleh Majlis atau mana-mana institusi yang diiktiraf
- Ketua orang bukan Islam yang berpengaruh dan berjinak-jinak dengan Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat akan menarik beliau kepada Islam dan mempengaruhi masyarakatnya kepada Islam.
- Saudara baru dan tanggungannya yang masih memerlukan bimbingan dan perlindungan.
- Orang bukan Islam yang yang cenderung kepada Islam dan diharapkan dengan pemberian bantuan dapat melembutkan hatinya menerima Islam.
Konsep Agihan
- Menguatkan akidah dan menambahkan pengetahuan muallaf kepada Islam.
- Memelihara keselamatan muallaf daripada ancaman musuh atau suasana yang boleh melemahkan keislamannya.
- Pengagihan dilakukan dalam tempoh bantuan yang ditetapkan dan juga berdasarkan keputusan Majlis.
- Pengagihan dibuat dalam bentuk bantuan kewangan/barangan atau manfaat.
- Peruntukan sara hidup atau perlindungan yang berbentuk sementara sehingga dipastikan boleh berdikari dan selamat akidahnya.
- Sebarang usaha dalam memelihara dan meneguhkan akidahnya.
- Peruntukkan semata-mata untuk usaha yang boleh membangunkan asnaf.
**Petikan daripada “Kertas Definisi Asnaf Zakat Kontemporari Menurut Syarak” di dalam Bengkel Hukum Syarak (Definisi Asnaf dan Konsep Agihan Zakat Menurut Perspektif Syarak), Kuantan,12 sehingga 14 Julai 2011.