Takrif

Golongan yang berhutang termasuk penjamin untuk memenuhi keperluan asas diri, keluarga, tanggungannya atau masyarakat dan memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh syarak.

Kriteria

Iaitu perkara 1 dan mana-mana perkara dalam perkara 2 seperti berikut :

  1. Beragama Islam dan bermastautin di Negeri Pahang.
  2. Penghutang mestilah seorang yang tidak mempunyai sumber kewangan untuk menyelesaikan hutang.
  3. Penghutang mestilah untuk keperluan asasi/ keperluan diri dan tanggungan atau perkara yang diperakui syarak sahaja.
  4. Berhutang untuk membiayai rawatan kerana penyakit kronik dan tiada kemampuan dan pembiayaan.
  5. Hutang-hutang yang mendesak yang tidak terancang (seperti yuran pengajian/bil-bil tertunggak kerana terpaksa mendahulukan keperluan yang lebih asas).
  6. Penjamin hutang adalah orang yang teraniaya dan disenarai hitam.
  7. Penjamin kepada seorang muslim.
  8. Penjamin tiada sumber kewangan menjelaskan hutang.
  9. Penjamin hutang bagi perkara yang dibenarkan syarak dan bukan dalam perkara yang berlebihan seperti menjalani kehidupan berlebihan.
  10. Berhutang bagi menyelesaikan masalahah ummah.
  11. Hutang bukan kerana sikap (seperti hutang bil-bil yang tertunggak kerana kecuaian dan ambil mudah atau menjalani hidup berlebihan atau melebihi keperluan).

Konsep Agihan

  1. Bantuan berdasarkan keperluan sebenar setelah dibuat siasatan terhadap kewangan penghutang.
  2. Hutang hendaklah semata-mata dalam perkara yang diharuskan syarak serta tidak mempunyai sumber kewangan untuk menjelaskan hutang tersebut.
  3. Bayaran terus kepada pemiutang berdasarkan bil atau sebarang keterangan bertulis yang pasti kesahihannya.
  4. Bantuan boleh dibuat dalam bentuk Pinjaman Qardhul Hasan.
  5. Peruntukkan semata-mata untuk usaha yang boleh membangunkan asnaf.

**Petikan daripada “Kertas Definisi Asnaf Zakat Kontemporari Menurut Syarak” di dalam Bengkel Hukum Syarak (Definisi Asnaf dan Konsep Agihan Zakat Menurut Perspektif Syarak), Kuantan,12 sehingga 14 Julai 2011.