BERA. 21 Mac 2019 – MUIP Cawangan Bera dengan kerjasama Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM & juga Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli (PPMOA) PETAMA telah menganjurkan Program Ziarah & Ramah Mesra bersama masyarakat orang asli Gakuyah dan Gegerih (pos iskandar) Bera. Antara aktiviti yang diadakan ialah ziarah rumah ke rumah, bancian penduduk kampung bagi mengumpul maklumat penduduk islam serta bukan islam serta penyerahan hamper sumbangan daripada MUIP Cawangan Bera kepada penduduk kampung.