Takrif
Ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan atau meninggikan agama Islam.
Kriteria
Iaitu mana-mana perkara berikut:
- Orang beragama Islam atau institusi Islam atau ahlinya keseluruhannya .
- Aktiviti yang dilakukan menuju ke arah amar makruf dan nahi munkar.
- Aktiviti yang dilakukan mestilah dapat meningkatkan syiar Islam serta menjaga maruah Islam dan perlaksanaanya hendaklah mengikut syariat Islam.
- Usaha yang dilakukan hendaklah mestilah memberi pulangan kepada Islam.
- Aktiviti yang dilakukan mestilah tidak menjurus atau cenderung kepada perkara-perkara yang merugikan atau menjatuhkan imej Islam atau umat Islam.
- Usaha yang dilakukan adalah berbentuk membasmi kejahilan dan meningkatkan kefahaman dan intelektual Islam.
- Usaha membebaskan ummah daripada kongkongan ekonomi.
- Penyediaan prasarana atau kemudahan kepada pengembangan ilmu/kefahaman Islam.
- Usaha yang dilakukan mestilah dapat meningkatkan imej dan menjaga maruah Islam dan mengikut awlawiyat.
Konsep Agihan
- Memberi tumpuan dan keutamaan kepada usaha-usaha dakwah Islamiah.
- Membantu dan membiayai pembangunan asas institusi agama dengan syarat dipercayai ada usaha terlebih dahulu untuk mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan.
- Pembiayaan yang dipercayai boleh memberi pulangan yang baik kepada ummah.
- Membantu usaha menyebarkan dan pengembangan ilmu Islam atau syiar atau kefahaman Islam.
- Berbentuk usaha menjaga kemaslahatan ummah atau menolak kemudharatan kepada ummah.
- Pengagihan boleh dibuat bagi tujuan mencegah asnaf daripada berlakungan kemudharatan.
- Peruntukkan semata-mata untuk usaha yang boleh membangunkan asnaf.
- Pembiayaan/sumbangan perlulah berdasarkan keperluan dan tidak berlebihan.
**Petikan daripada “Kertas Definisi Asnaf Zakat Kontemporari Menurut Syarak” di dalam Bengkel Hukum Syarak (Definisi Asnaf dan Konsep Agihan Zakat Menurut Perspektif Syarak), Kuantan,12 sehingga 14 Julai 2011.