TEMERLOH. 2 Ogos 2017 bersamaan 9 Zulkaedah 1438H – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang menyampaikan sumbangan di Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Mangsa Ribut Jenderak Utara. Seramai 25 orang mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut menerima sumbangan wang tunai keseluruhannya berjumlah RM5,200.00.
Majlis sumbangan yang berlangsung pada pagi tadi di Wisma JKR Jenderak Utara disampaikan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan. Kejadian ribut yang berlaku pada 11 Julai lalu jam 5.30 petang telah mengakibatkan kerosakkan pada atap dan bumbung serta lain-lain struktur rumah akibat diterbangkan angin kencang. Walau bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.