Takrif
Ialah hamba Islam atau seseorang yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasannya dirinya.
Kriteria
Iaitu perkara 1 dan mana-mana kriteria berikut:
- Beragama Islam dan bermastautin di Negeri Pahang.
- Tiada sumber kewangan yang cukup dan/atau tidak mendapat bantuan mana-mana sumber lain.
- Seseorang yang disahkan ingin membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapinya (seperti penagih dadah / penagih dadah yang ingin kembali menjalani hidup normal / bekas penagih dadah / anak-anak yang tebelenggu dengan situasi keluarga yang rosak / pelacur yang ingin mebebaskan dirinya / muslim yang terbelenggu dengan cara kehidupan yang bertentangan dengan Islam atau menjalani cara hidup jahiliyah).
Konsep Agihan
- Pemberian adalah berasaskan permohonan dan siasatan serta pengesahan.
- Meringankan beban untuk keluar daripada keadaan yang sedia ada/gaya hidup negatif.
- Pemberian hanya kepada individu yang bersedia untuk menjalani pemulihan dan pemantauan yang diaturkan untuk mereka.
- Usaha memulihkan aqidah dan akhlak muslim.
- Peruntukkan semata-mata untuk usaha yang boleh membangunkan asnaf.
**Petikan daripada “Kertas Definisi Asnaf Zakat Kontemporari Menurut Syarak” di dalam Bengkel Hukum Syarak (Definisi Asnaf dan Konsep Agihan Zakat Menurut Perspektif Syarak), Kuantan,12 sehingga 14 Julai 2011.