TEMERLOH. 06 Ogos 2019 – Encik Affendi bin Ramli dari Kampung Teluk Sentang Temerloh, Pahang mengucapkan rasa syukur dan ucapan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di atas sumbangan bantuan zakat peralatan yang diberikan, katanya sewaktu penyerahan barang bantuan pada Selasa. Antara barang peralatan yang diluluskan kepada beliau adalah berupa barang perkakasan bengkel seperti Mesin Welding, Helmet Welding, Chain Saw, Drill Besi dan Floor Jack yang bernilai RM 4000.00. Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Temerloh iaitu Ustaz Mohd Faitullah bin Sa’adon. Semoga dengan sumbangan peralatan tersebut dapat membantu beliau dan keluarga mencari sumber pendapatan untuk menyara anak anak sekaligus dapat keluar dari golongan asnaf.