Takrif
Orang Islam atau institusi yang dilantik oleh Majlis bagi mewakili KDYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pemungutan dan pengagihan zakat secara khusus.
Kriteria
- Orang Islam yang mukallaf atau institusi zakat yang diiktiraf/dilantik.
- Adil (tidak melakukan dosa besar, tidak berterusan perlakuan dosa kecil dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah atau kepercayaan umat Islam terhadap mereka).
- Berperibadi mulia, mesra dan boleh dipercayai.
- Amanah terutama terhadap harta zakat.
- Mendapat ganjaran(al-ujrah) hanya daripada zakat(bahagian amil).
- Menjalanakan tugas sebagai amil pungutan dan agihan.
- Lelaki atau perempuan yang terpelihara akhlak.
- Tidak cacat pancaindera yang boleh menjejaskan tugas sebagai amil.
Konsep Agihan
- Ganjaran yang diberikan adalah berdasarkan kerja yang dilakukan.
- Ganjaran yang diberi berdasarkan keperluan dalam pengurusan institusi amil termasuk pengurusan sumber manusia, pentadbiran, pemasaran, operasi, penyelidikan dan pembangunan sistem teknologi maklumat dana prasarana.
**Petikan daripada “Kertas Definisi Asnaf Zakat Kontemporari Menurut Syarak” di dalam Bengkel Hukum Syarak (Definisi Asnaf dan Konsep Agihan Zakat Menurut Perspektif Syarak), Kuantan,12 sehingga 14 Julai 2011.