PEKAN. 22 April 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Ketapang Hilir dan Masjid An-Nur Ketapang Hilir telah mengadakan program ziarah dan menyantuni golongan asnaf serta mereka yang memerlukan di Kampung Ketapang Hilir. Seramai lima belas orang telah diziarahi dan dilihat bentuk bantuan yang boleh disalurkan berdasarkan keperluan masing-masing. Dikalangan mereka terdapat pesakit kronik dan rumah kediaman yang memerlukan penyelenggaraan. Program ini antara pendekatan yang dilakukan bagi memastikan golongan asnaf dan mereka yang memerlukan dapat dibantu sebaiknya.