ROMPIN. 20 April 2019 – MUIP Cawangan Rompin telah mengadakan satu Program Ziarah Dakwah, Ramah Mesra, dan Pemantapan Aqidah di Kampung Orang Asli (KOA) Batu 3. Sebanyak 180 buah keluarga masyarakat Orang Asli di perkampungan ini telah diziarahi dalam program kali ini. Selain itu juga, kejohanan Futsal antara belia-belia kampung serta sesi Pemantapan Aqidah bersama penduduk Orang Asli Muslim pada sebelah malam turut diadakan. Program ini merupakan salah satu inisiatif MUIP Cawangan Rompin ke arah memperkenalkan dan mendekatkan masyarakat Orang Asli di daerah Rompin kepada Agama Islam. Program yang berlangsung selama dua hari ini turut mendapat kerjasama dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Rompin, serta beberapa orang sukarelawan dari Tadika Pintar Al-Qur’an MUIP Rompin serta Guru Briged Dakwah MUIP Rompin. Semoga Allah S.W.T memberi hidayah-Nya kepada masyarakat Orang Asli di kampung ini.