CHENOR. 23 April 2019 – MUIP Cawangan Chenor telah mengadakan Program Jejak Asnaf bertempat di Kampung Kabut,Chenor .Program secara berkala ini diadakan bagi melihat dan menjejaki golongan asnaf di kawasan yang berkenaan serta bentuk bantuan yang boleh disalurkan untuk meringankan beban mereka.Sebanyak 15 buah rumah diziarahi dalam program kali ini.Program kali ini turut disertai oleh Penghulu Mukim Bukit Segumpal ,Ocs Balai Polis Pekan Awah,Tok 4 Kg.Kabut dan Amil Zakat.Program yang bermula pukul 9:00 pagi berakhir pukul 12:30 tengahari.