CHENOR. 17 April 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Chenor telah mengadakan Program Jejak Asnaf bertempat di Kampung Sungai Nerek .Program ini dilakukan secara berkala bagi melihat dan membantu golongan asnaf yang layak dibantu bagi meringankan beban mereka.sebanyak 16 keluarga diziarahi dalam program kali ini yang turut mendapat kerjasama penghulu mukim Bukit Segumpal,pengerusi MPKK Felda Sg.Nerek dan Amil Felda Sg.Nerek.