ROMPIN. 17 Disember 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan Bantuan Zakat Modal dan Peralatan kepada Asnaf, Encik Mohd Alwi Bin Abdul Talib dari Kampung Tanjung Gemok, Rompin. Beliau telah menerima bantuan berupa Mesin Penimbang Digital 30 Kilogram, Tong Ikan Fiber serta barangan berupa Hasil Laut sebagai modal pusingan untuk meningkatkan pendapatan beliau serta perniagaan beliau yang diusahakan secara kecil-kecilan sebelum ini. Bantuan yang diterima oleh beliau berjumlah RM 2000 secara keseluruhannya. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan pendapatan beliau untuk menyara diri dan keluarga.