RAUB. 19 Disember 2018 – MUIP Cawangan Raub berkesempatan menziarahi beberapa keluarga di mukim Batu Talam hari ini. Lawatan ke beberapa buah rumah di sekitar Kampung Batu Malim oleh pegawai-pegawai MUIP Cawangan Raub bertujuan menyantuni dan mengenalpasti asnaf yang layak untuk dipertimbangkan bantuan yang sewajarnya. Sebanyak 10 buah rumah diziarahi dan sumbangan hamper barangan dapur turut disampaikan. Turut serta dalam jejak asnaf kali ini ialah pegawai-pegawai Masjid Batu Malim.