ROMPIN. 13 November 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan bantuan bencana sebanyak RM 500 kepada Encik Rosda Bin Arsad dari Rumah Pemulihan Banjir, Kampung Sepayang, Rompin akibat kebakaran yang telah dialami pada 10 November 2018 yang lalu. Kebakaran berkenaan mengakibatkan sebahagian besar bahagian dapur rumah mangsa musnah dijilat api. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringakan bebanan yang dihadapi oleh mangsa sekeluarga.