TEMERLOH. 09 November 2018 – Seramai 304 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Damar, Lanchang Temerloh telah menerima bantuan zakat pelajar fakir dan miskin dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang disampaikan penyerahan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Daerah Temerloh, awal pagi ini. Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengetua Sekolah seterusnya ucapan ringkas oleh Pegawai Muip dan penyerahan bantuan kepada pelajar. Semua pelajar berasa gembiran dan besyukur di atas bantuan yang diterima. Pihak sekolah jugan mengucapkan terima kasih kepada pihak Muip di atas bantuan yang diberikan sekaligus dapat meringankan beban keluarga dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga dengan bantuan tersebut dapat membantu pelajar dan ibubapa dalam menguruskan perbelanjaan persekolahan seharian.