TEMERLOH. 07 November 2018 – Puan Rozilah bt Jantan dari Taman Bahagia Temerloh mengucapkan rasa syukur diatas bantuan peralatan yang diterima oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berupa Oven, Scale dan Noodle Machine yang bernilai RM 2000.00. Beliau sebelum ini merupakan ibu tunggal berniaga kecil kecilan bagi menampung sara hidup dirinya. Penyerahan di serahkan oleh Pegawai MUIP Daerah Temerloh awal pagi ini di kediaman beliau. Semoga beliau dapat memperolehi pendapatan yang mencukupi dalam meneruskan kehidupan seharian.