PEKAN. 29 Mac 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah mesyahadahkan seorang pemuda masyarakat orang asli daripada Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Kalong, Pekan. Beliau telah membuat keputusan untuk menganut agama Islam setelah tertarik dengan cara hidup beberapa orang ahli keluarganya yang telah memeluk agama Islam sebelum daripada ini. Lafaz syahadah ini turut disaksikan oleh saudara maranya yang hadir bersama serta mereka melafazkan rasa syukur. Pentadbiran ini telah menyerahkan saguhati pemelukkan Islam kepada beliau dan juga pembawa setelah segala proses dokumentasi selesai.