PEKAN. 29 Mac 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan bersama Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu Parit telah menziarahi dan melihat keperluan beberapa orang asnaf yang telah dikenalpasti antaranya memerlukan perbelanjaan bagi menampung kos rawatan penyakit kronik. Program seumpama ini sentiasa dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak dari masa ke semasa bagi memastikan mereka yang memerlukan sentiasa mendapat perhatian dan bantuan yang sewajarnya berdasarkan kelayakkan.