PEKAN. 28 Mac 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah mengadakan Taklimat Pengurusan Dan Tuntutan Kelas Al-Quran Kanak-Kanak (KAKK) Daerah Pekan 2018 bertempat di Dewan Syarahan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang bermula 08.00 pagi hingga 01.00 petang. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar telah didedahkan dengan teknik mengajar Al-Quran berkesan dan proses tuntutan baharu mengajar secara atas talian melalui zakat4pengajian yang telah diperkenalkan. Selain daripada itu juga telah diadakan sesi dialog diantara pihak pengurusan dan tenaga pengajar berhubung pelaksanaan Kelas Al-Quran Dan Kanak-Kanak (KAKK) bagi tujuan penambahbaikan. Program ini telah berjaya mencapai matlamat yang disasarkan dan diharapkan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta.