CHENOR. 28 Mac 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Chenor telah mengadakan taklimat pengurusan Masjid kariah daerah Chenor tahun 2018. Taklimat tersebut diadakan di Masjid jamek Chenor para peserta terdiri daripada pengerusi, bendahari, setiausaha dan seorang imam daripada setiap masjid kariah dibawah jagaan Pejabat Agama Islam Daerah Chenor. Antara Pengisian taklimat tersebut ialah slot 1, bertajuk Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama yang telah disampaikan oleh Inspektor Nazri bin Yahya Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Maran. Slot 2, bertajuk Pengimaran Masjid Negeri Pahang disampaikan oleh Ustaz Zainal Abidin bin Ismail Penolong Pegawai Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan agama Islam Negeri Pahang (JAIP) dan Majlis Penutup taklimat tersebut disempurnakan oleh Ustaz Mohd isa Bin Husain Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Chenor. Taklimat tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti mana yang telah dirancagkan. taklimat itu juga dapat kersama daripada pejabat Agama Islam Daerah Chenor (PAID).