RAUB. 28 Mac 2018 – MUIP Cawangan Raub dengan kerjasama JKKK Kampung Kuala Gali telah melaksanakan satu Program Jejak Asnaf hari ini. Ziarah rumah ke rumah bermula seawal 10.00 pagi melibatkan 10 keluarga dan akan dipertimbangkan bantuan dan kerperluan zakat yang sewajarnya. Turut menjayakan program Jejak Asnaf Haji Sharuddin bin Sulaiman selaku ketua kampung Kuala Gali yang banyak memberikan komitmen bersama jawatankuasanya. Program Jejak Asnaf sekitar Raub akan terus dilaksanakan secara bulanan bagi memastikan golongan yang memerlukan zakat terbela.