TEMERLOH. 28 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh dengan kerjasama PAID, JAKOA & Masjid Abu Bakar Mentakab telah menganjurkan 1 program gotong royong dan ramah mesra di Surau Hidayah bersama masyarakat orang asli di kampung orang asli paya paya mengkuang awal pagi ini. Program gotong royong ini diadakan bagi membersihkan persekitaran serta mengecat bangunan surau yang suram menjadi lebih cantik dan kemas. Selain itu, bertujuan membina saliran perparitan surau yangmana sebelum ini tiada aliran air yang baik. Program ini disertai oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli (PPMOA JAKIM), Pembantu Penggerak serta masyarakat kampung yang berugama Islam dan bukan Islam. Program diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah bagi menarik minat masyarakat kampung serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Program dihadiri kira kira 50 orang masyarakat kampung yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.