CHENOR. 28 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) cawangan Chenor telah mengadakan program gotong royong perdana dan ziarah dakwah di perkampungan orang asli paya taman Cbenor. Program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung dengan agensi-agensi kerajaan, swastar, NGO yang ada berhampiran dengan kampung tersebut. Disamping itu juga program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesederan berkaitan dengan kebersihan persekitaran di kawasan kampung. Program ini diadakan dengan kernasama Penabat Agama Islam Daerah Chenor (PAID), penggerak masyarakat orang asli (JAKIM), Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Indera Pahlawan Jengka 6, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), JAKOA Maran, Pejabat Felda Jengka 6, PAIP Maran, GPW Jengka 6, JKKK Felda Jengka 6, Masjid Jengka 6 dan Masjkd Jengka 7. Turut hadir ke program tersebut Pengarah JAKOA Negeri Pahang En. Johari bin Alwi. Program berjalan dengan jayanya sebagaimana yang telah ditetapkan.