PEKAN. 23 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Pekan bersama Pejabat Agama Islam Daerah Pekan telah mengadakan satu majlis ringkas bagi penyerahan surat lantikkan sebagai Jawatankuasa Masjid Daerah Pekan Sesi 2018 – 2020. Majlis taklimat ringkas juga telah diadakan sebelum penyerahan bagi menjelaskan dan menerangkan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pengurusan jawatankuasa baharu yang dilantik akan dapat melaksanakan amanah yang telah diberikan mengikut peraturan-peraturan telah ditetapkan sebaiknya.