CHENOR. 24 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Chenor telah mengadakan program ziarah dan ramah mesra di kampung orang asli paya taman, chenor. Program tersebut berkerjasama dengan Pejabat Agama Islam Chenor, Pengerak Masyarakat Orang Asli (JAKIM), Pejabat Felda Jengks 6, Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid Jengka 6 dan Jawatankuasa kampung Jengka 6. Program tersebut disambut baik oleh penduduk kampung paya taman.