PEKAN. 23 Januari 2018 – Pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mensyahadahkan seorang saudara baharu di Ibu Pejabat MUIP Pekan pada hari ini.Turut menyerahkan saguhati pemelukan agama Islam oleh Dato, Ahmad Hairi bin hussain Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat membantu beliau menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Barang dikurniakan Allah S.W.T dikekalkan beliau dalam agama ini sehingga ke akhir hayat.