TEMERLOH. 25 Julai 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menghantar bantuan peralatan kepada Puan Azura Malek daripada Taman Sri Kerinau .

Beliau telah menerima bantuan peralatan yang bernilai RM 4120.00 bagi membantu perniagaan beliau lebih baik pada masa akan datang.

Bantuan ini disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah MUIP Cawangan Temerloh, Ustaz Faitullah Bin Saadon pada pagi ini.

Semoga bantuan yang diterima oleh beliau dapat meningkatkan lagi pendapatan untuk bantu menyara keluarga.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf