TEMERLOH. 24 Ogos 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menghantar bantuan peralatan perubatan kepada En Hisyamudin daripada Taman Murni, Lanchang.

Beliau yang telah kehilangan kaki sebelah kanan telah menerima bantuan kerusi roda elektrik yang bernilai RM 4,900.00 bagi memudahkan beliau bergerak.

Bantuan ini disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah MUIP Cawangan Temerloh, Ustaz Faitullah Bin Saadon pada pagi ini.

Semoga bantuan yang diterima oleh En Hisyamudin dapat meringankan pergerakan beliau untuk menyara keluarga beliau.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf