TEMERLOH. 24 Ogos 2023 – Alhamdulillah, Sebanyak 11 keluarga telah diziarahi dalam Program Cakna Asnaf di Taman Setia Jasa, Temerloh.

Program anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh ini turut di sertai penghulu, ketua kampung dan wakil.

Tujuan program ini diadakan bertujuan menjejaki asnaf fakir miskin di kawasan berkenaan yang tidak berkemampuan dan terlepas daripada menerima bantuan zakat berikutan tiada maklumat yang diperolehi serta cara memohon bantuan zakat.

Dalam program ini juga asnaf yang diziarahi turut menerima sumbangan wang tunai dan hamper barang asasi bagi membantu meringankan beban sara hidup mereka.

#CaknaAsnaf #MuipCawTemerloh #BaitulmalPahang #TerimaKasihPembayarZakat