BERA. 26 Ogos 2023 – Jabatan Agama Islam Pahang dengan kerjasama MUIP Cawangan Bera serta jabatan-jabatan kerajaan daerah Bera telah menganjurkan program santuni saudaraku sempena sambutan maal hijrah peringkat negeri pahang bersama menteri besar pahang yang diadakan di kampung orang Asli Pasal.

Program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk menyantuni saudara baharu dikalangan masyarakat orang asli kampung Pasal. Tambahan pula, perkampungan tersebut telah memenangi anugerah sebagai perkampungan orang asli terbaik peringkat negeri pahang.

Selain itu, masyarakat orang asli dari lain-lain daerah juga turut dijemput hadir bersama bagi memeriahkan lagi program tersebut.