BERA. 20 Julai 2023 – MUIP Cawangan Bera telah menyantuni mangsa bencana ribut dihempap pokok di Bandar 32 Bera Pahang. Rumah milik Noor Ashikin Binti Zainon telah mengalami kerosakan di bahagian bilik mandi dan tandas sehingga menyebabkan bumbung dan dinding runtuh.

Berdasarkan keterangan mangsa, ketika kejadian beliau sedang berada dirumah terkejut dengan bunyi dentuman kuat akibat kejadian tersebut dan beliau bergegas keluar dari rumah kerana bimbang akan keselamatan diri dan anak-anak. Beliau mengucap syukur kerana tiada melibatkan kemalangan jiwa.

Diatas keperihatinan, Pihak MUIP Cawangan Bera telah menyampaikan sumbangan wang bantuan bencana kepada mangsa sebanyak RM 1000.00 sahaja.