BERA. 05 Julai 2023 – Muip Cawangan Bera dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Pejabat Agama Islam Daerah Bera (PAID), Penggerak (Jakim), Pepima, JKM, Jakoa dan Tok Batin Kampung Orang Asli Pos Iskandar telah mengadakan Program Ziarah Cakna Oku & Penghayatan Korban. Program ini merupakan inisiatif MUIP Cawangan Bera sebagai satu medan dakwah serta wadah bagi merapatkan hubungan antara MUIP Cawangan Daerah Bera dengan penduduk kampung berkenaan.

Selain itu, ziarah ini juga bertujuan untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat asli di situ memandangkan 80% penduduk di situ belum beragama Islam. Melalui program ini juga masyarakat asli di kampung ini dapat memupuk nilai-nilai kemanusiaan dan membentuk masyarakat Orang Asli yang lebih terbuka dengan hubungan dan interaksi dengan pihak luar.

Dengan adanya Program Dakwah dan Ramah Mesra ini diharap dapat memperbaiki pandangan negatif masyarakat orang asli yang tidak beragama Islam terhadap agama Islam.