RAUB. 19 Ogos 2023 – RAUB, 19-20 OGOS 2023. Bersempena Karnival Eng Hot Bor, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah berganding bahu bersama-sama Klinik Kesihatan Raub dengan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung yang hadir. Program ini yang diadakan di Kampung Orang Asli (KOA) Satak, Raub yang telah mendapat sambutan amat menggalakkan dari beberapa kampung berdekatan.