BERA. 03 Ogos 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menyampaikan bantuan peralatan kepada En Shahrir Bin Ambia yang tinggal di Felda Bukit Kepayang. Bantuan berupa 1 unit multipurpose cooker fresh fmc 15m dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM 4,900.00 sahaja.

Beliau kini telah menjalankan perniagaan tersebut hanya di rumah iaitu membuat tapai ubi tokpah dengan menerima tempahan secara dalam talian dan juga menghantar ke kedai sekitar Felda dan juga sekitar bandar Bera.

Dengan adanya peralatan tersebut, dapatlah beliau menambahkan pendapatan isirumah serta dapat memajukan lagi perniagaan pada masa akan datang.

#MuipBera
#BaitulMalPahang
#AsnafZakat
#CaknaAsnaf #TerimakasihPembayarZakat