BERA. 04 Ogos 2023 – Muip Cawangan Bera telah menyampaikan sumbangan bantuan yuran pendidikan sebanyak RM 100.00 kepada 277 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyyah dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM 277,000.00 .

Bantuan tersebut merupakan bantuan yang diberikan setiap tahun kepada semua pelajar. Ianya adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga khususnya dalam pendidikan.

Turut hadir bersama Ust Mahtar Bin Ahmad Wahid pengetua SMA Guai dalam menyampaikan sumbangan bantuan tersebut serta memberi pesanan kepada semua pelajar agar bantuan tersebut dapat digunakan sebaiknya.

#muipbera
#caknapelajar
#terimakasihpembayarzakat