ROMPIN. 26 Julai 2023 – ROMPIN, 26 Julai 2023 – Pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah mengadakan sebuah Program Cakna Asnaf Bersama Komuniti bertempat di Kampung Tebu Hitam, yang terletak dalam Mukim Rompin, Daerah Rompin.

Program secara berkala ini diadakan bertujuan untuk menjejaki golongan asnaf yang berkelayakan di kampung-kampung dan penempatan-penempatan penduduk di sekitar Daerah Rompin serta melihat bentuk-bentuk bantuan yang boleh disalurkan bagi meringankan bebanan hidup mereka.

Sekitar 33 buah keluarga dari kampung-kampung yang bernaung di bawah pentadbiran JPKK Tebu Hitam iaitu Kampung Tebu Hitam, Kampung Merlak, dan Kampung Sabak Feri telah disantuni dalam program ini. Turut serta menjayakan program ini adalah kakitangan dari MUIP Cawangan Muadzam Shah serta urusetia-urusetia dari JPKK kampung berkenaan.

Penganjuran program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk mengenalpasti asnaf yang berkelayakan dari seluruh daerah Rompin seterusnya mengelakkan golongan berkenaan dari tercicir menerima bantuan zakat.