BERA. 26 Julai 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menyampaikan bantuan peralatan kepada En A.Rahim Bin Jamil yang tinggal di Felda Mayam. Bantuan berupa 1 unit mixer industri orimas 20 L serta 1 unit oven khind 150 L dengan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM 2,809.00 sahaja.

Beliau kini telah menjalankan perniagaan tersebut hanya di rumah iaitu membuat kuih serta roti dengan menerima tempahan secara dalam talian dan juga menghantar ke kedai

Dengan adanya peralatan tersebut, dapatlah beliau menambahkan pendapatan isirumah serta dapat memajukan lagi perniagaan pada masa akan datang.

#MuipBera
#BaitulMalPahang
#AsnafZakat
#CaknaAsnaf #TerimakasihPembayarZakat