ROMPIN. 13 Julai 2023 – Bertempat di Surau Al-Jalal Kampung Gading , pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah khusus untuk saudara baharu di kampung berkenaan.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini telah dihadiri oleh sekitar 20 orang saudara baharu lelaki dan wanita yang tinggal di Kampung Gading serta Kampung Orang Asli (KOA) yang berhampiran.

Dalam program berkenaan, para peserta telah didedahkan dengan kepentingan, adab-adab serta kaedah-kaedah asas dalam mengurus jenazah oleh penceramah, melibatkan teori beserta amali.

Turut hadir menjayakan program berkenaan adalah wakil-wakil dari Guru Briged Dakwah MUIP Daerah Rompin, PERKIM Daerah Rompin, serta JPKK Kampung Gading.

Diharapkan dengan penganjuran kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan ilmu serta penghayatan peserta terhadap ajaran Islam, disamping menjadi perintis ke arah usaha untuk melahirkan pengurus jenazah yang berwibawa dari kalangan saudara baharu pada masa yang akan datang.