BERA. 26 Julai 2023 – Berdasarkan aduan yang diterima, MUIP Cawangan Bera telah menyantuni pasangan suami dan isteri iaitu En Nasarudin Bin Harun dan isterinya Pn. Norsamsina Binti Md Yusof yang tinggal di Kampung Jelam. Beliau yang dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) pertuturan. Manakala isterinya pula menghidap penyakit kencing manis sehingga beberapa jari kakinya telah dipotong.

Beliau yang bekerja sendiri dengan pendapatan yang tidak menentu dan hanya tinggal berdua kerana tidak mempunyai anak.

Beliau adalah penerima bantuan tahunan (Hari Raya) MUIP dan kedua-duanya juga adalah penerima bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM450 (suami) dan RM300 (isteri).

Diatas rasa simpati, MUIP Cawangan Bera telah menyampaikan bantuan berupa hamper makanan kering dan juga beras bagi meringankan sedikit beban beliau dan isteri.

#Muipbera
#Caknaasnaf
#Jalanterus