BERA. 26 Julai 2023 – Muip Cawangan Bera telah menyampaikan bantuan bencana kebakaran kepada En Ahmad Fozi Bin Bidin yang tinggal di rumah PPRT Kampung Tok Tanggok.

Kebakaran berlaku dibahagian bilik utama rumah beliau hingga menyebabkan wang ringgit RM1000 yang disimpan didalam bilik berkenaan telah hangus terbakar.

Ketika kejadian beliau berada di luar rumah dan terkejut melihat kepulan asap telah memenuhi ruang bilik dan beliau bergegas memadam kebakaran. Punca kejadian masih belum dikenalpasti.

Melihat keadaan tersebut Muip Cawangan Bera telah menyampaikan bantuan wang tunai sebanyak RM500 kepada mangsa. Dengan bantuan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban beliau sekeluarga.

#Muipbera
#Caknaasnaf