MUADZAM SHAH. 06 Julai 2023 – MUADZAM SHAH, 06 Julai 2023 – Katil dua fungsi yang diperlukan seorang wanita yang sakit terlantar telah diterima dari pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah dirumahnya petang tadi.

Serahan bantuan zakat yang dilakukan oleh Pengurus Cawangan Daerah bersama Pembantu Tadbir, MUIP Cawangan Muadzam Shah ini berjumlah RM2,850.00 selain satu set barangan makanan asasi bagi meringankan beban kewangan beliau.

Pihak MUIP dimaklumkan oleh suami dan ahli keluarganya bahawa beliau tidak mampu menguruskan diri sendiri ketika ini dan dinasihatkan agar makan makanan yang lembut sahaja seperti bubur nasi.

Semoga dengan pemberian ini dapatlah sedikit sebanyak menggembirakan hati mereka dan seterusnya boleh menghilangkan kesedihan yang ditanggung.