BERA. 23 Jun 2023 – Muip Cawangan Bera telah menyampaikan bantuan peralatan mesin jahit kepada Puan Kamariah Binti Ishak yang tinggal di Felda Purun.

Beliau sekarang ini hanya menjahit dirumah dan menerima tempahan disekitar kawasan tempat tinggal beliau di Felda Purun. Beliau tidak mempunyai mesin jahit sendiri dan hanya meminjam dengan kakak beliau.

Bantuan tersebut adalah bertujuan untuk membantu beliau menambahkan pendapatan bulanan serta dapat menyara keluarga beliau yang tinggal bersama suami, ayah dan seorang anak.

#muipbera
#caknaasnaf
#terimakasihpembayarzakat