KUALA LIPIS. 27 Jun 2023 – Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Lipis bersama Ibu Pejabat MUIP telah berjaya melaksanakan Program Pemutihan bersama agensi JAKOA,Jabatan Pendaftaran serta Pejabat Agama Islam Daerah Lipis baru-baru ini.
Program ini bertujuan membantu dan menyelesaikan isu-isu pendaftaran diri dari kalangan masyarakat orang asli.
Program tersebut diadakan di perkampungan Pos Titom selama 3 hari 2 malam dan bertapak di Sekolah Kebangsaan Titom.
Selain pemutihan, diselitkan juga beberapa acara seperti sukaneka, solat jemaah,kuiz agama dan ziarah ke kampung-kampung di Pos titom.
Terima kasih diucapkan kepada agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini, juga tidak dilupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya Daie Belantara dan Jalinan yang turut menyumbang tenaga dan masa.