BERA. 27 Jun 2023 – Muip Cawangan Bera telah meluluskan bantuan bina baharu rumah Puan Shaleeda Binti Eban. Beliau merupakan muallaf orang asli yang tinggal di Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Rok. Beliau mempunyai 3 orang anak dan suami yang bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak menentu. Beliau sangat memerlukan bantuan rumah adalah kerana beliau sekarang tinggal menumpang dirumah ibu & ayahnya dan juga adik beradik yang lain yang sudah berkahwin dan bukan beragama islam. Dengan bantuan rumah ini dapatlah beliau tinggal bersama suami dan anak-anaknya serta memudahkan urusan untuk melakukan ibadah di rumah tersebut. Malahan pemakanan mereka juga terjaga dari segi halal dan haramnya kerana tidak bercampur dengan adik beradik yang lain.