TEMERLOH. 09 Jun 2023 – Islam itu merupakan satu-satunya nikmat yang terbesar Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang dikehendaki-Nya. Maka, sebagai seorang manusia, wajib untuk kita bersyukur kerana masih dilimpahi nikmat ihsan dan Islam bagi membentuk rohani sentiasa atas landasan kehambaan terhadap Allah SWT.

Begitulah, nikmat yang Allah hadiahkan kepada saudari Eisyaferra Binti Azmi. Allah telah memilih beliau untuk dikurniakan anugerah sangat besar dalam hidupnya iaitu Islam sebagai agama kehidupannya. Beliau berusia 19 tahun ini berasal daripada KOA Paya Sendayan Temerloh menyatakan hasrat seikhlas hati menerima Islam sebagai agama.

Diharapkan saudari Eisyaferra dapat mengamalkan Islam dengan penuh penghayatan. Justeru itu, moga Allah kurniakan taufiq dan bimbingan kepada Eisyaferra untuk menuntut ilmu, mengamalkan amal ibadah dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

#muiptemerloh #muallafpahang #dakwah #modalinsan #caknamuallaf