TEMERLOH. 08 Jun 2023 – Syukur ke hadrat ilahi kerana berkat kerjasama barisan urusetia, Allah telah melancarkan jelajah ziarah seluruh keluarga Islam KOA Lubuk Wong Kuala Krau. Team Dakwah Temerloh bertungkus lumus mengerah tenaga menyampaikan mesej-mesej Islam dan mengajak keluarga-keluarga Islam untuk menyantuni mereka di samping menyeru mereka hadir ke program Pengukuhan Aqidah Kefahaman Islam pada belah malam di Surau Indera Pahlawan Lubuk Wong.

Pengisian bertemakan ‘Pengukuhan Aqidah’ telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Al-Fadhil Qadhi Daerah Temerloh, Tuan Abdul Aziz Bin Abdul Karim. Seterusnya telah dimeriahkan lagi dengan sesi soal jawab kuiz kepada keluarga Islam. Hadiah kuiz telah disampaikan oleh Al-Fadhil Qadhi Temerloh dan Pegawai Dakwah MUIP Temerloh.

Program diakhiri dengan sesi jamuan bersama keluarga Islam KOA Lubuk Wong. Oleh itu, terima kasih diucapkan kepada PMOA Jakim, PePIMA Temerloh dan urusetia yang menjayakan program ini. Justeru itu juga diucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Al-Fadhil Qadhi Temerloh sudi meluangkan masa bersama serta menjayakan program ini.

#pengukuhanaqidah #dakwahtemerloh #paidtemerloh #muiptemerloh #lubukwong #modalinsan