TEMERLOH. 13 Jun 2023 – Program Khairul Ummah Perdana Peringkat Daerah Temerloh 2023 telah dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan kerjasama Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ).

Program bermula dengan Taklimat Pengurusan Zakat kepada Ketua – Ketua Jabatan, Penghulu Mukim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid di Daerah Temerloh yang diadakan bertempat di Dewan Kompleks MUIP Cawangan Temerloh.

Seterusnya diadakan penyampaian agihan bantuan kepada asnaf – asnaf berbentuk serahan rumah baharu, baik pulih dan modal peralatan di sekitar Daerah Temerloh.

Forum Khairul Ummah Perdana bertajuk :Zakat Kami, Kemana Perginya? turut diadakan bertempat di Masjid Felda Bukit Damar.

Program ini bertujuan menerangkan fungsi dan tanggungjawab MUIP di dalam pengurusan zakat serta menjelaskan jenis – jenis agihan bantuan serta makluman mengenai agihan yang telah dilakukan.

#BaitulMalPahang #Ummah1st #MUIP #MUIPTemerloh #ZakatPahang #AsnafZakat #BrigedAsnaf #CaknaAsnaf #KhairulUmmah #TerimaKasihPembayarZakat #AgihanZakat