TEMERLOH. 07 Februari 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menziarahi En Mohd Saleh dr Kg Pulau Raya, Kuala Krau Temerloh yang terputus bekalan makanan akibat tidak mampu turun ke sungai untuk mencari rezeki buat keluarganya lantaran musim hujan yang berlarutan.

Pihak MUIP akan membantu beliau sebaik mungkin dan akan sentiasa membantu mana-mana asnaf yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban yang dihadapi mereka.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf